Khamis, 30 November 2017

Puan Punya Sambal Kicap Extra Pedas Hulur Salam Perkenalan

Assalamualaikum wrb pembuka bicara.

Sebelum panjang cerita dikarang, wajarlah kiranya puan punya blog ini hulurkan salam perkenalan. Puan punya yang ingin dikenali di dunia maya dengan nama Cik Puan Zurina ini merupakan anak jati Kota Samarahan, Sarawak. Merupakan seorang isteri kepada encik suami tercinta dan ibu kepada 3 orang putera yang sedang membesar. Seorang yang berwawasan tinggi dan bersemangat waja. Bukan calang-calang laluan yang ditempuh sebelum berjaya memasarkan Sampal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong ini.


Cik Puan Zurina bersama MokCun@Erma Fatima dengan
Sambal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong


Mengusaha Sambal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong hanya untuk santapan keluarga sendiri sahaja pada mulanya. Namun ada permintaan dari kawan-kawan untuk mendapatkan sambal kicap ini yang lain dari yang sedia ada di pasaran. Maka, Terhasillah kicap ini sebagai memenuhi permintaan. Makin lama, makin banyak permintaan. Maka, penghasilan juga perlu ditingkatkan dan pemasaran juga perlu dimantapkan.

Kewujudan blog ini antara salah satu cara memperkenalkan kehadiran Sambal Kicap Extra Pedas Cabik Geronong untuk pasaran Malaysia. Buat masa ini, sambal ini makin dikenali di Sarawak secara amnya. Adalah lebih baik jika dapat dipasarkan ke seluruh Malaysia. Jika mampu, ke pasaran antara bangsa, InsyaAllah.

Ikuti blog ini untuk lebih mengenali Sambal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong yang makin dikenali.

Salam Sayang,
Doakan yang terbaik buat Sambal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memperkenalkan Sambal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong

Assalamualaikum wbh. Inilah rupa Sambal Kicap Extra Pedas -  Cabik Geronong untuk yang belum kenal. Moga ada cinta antara anda dan kica...