Sambal Kicap Extra Pedas - Cabik Geronong ini menjanjikan kelainan daripada kicap yang sedia ada di pasaran. Kicap yang biasa ditemui di pasaran Malaysia, khususnya Sarawak biasanya kicap manis, masin, lemak manis. Tapi yang ini, kicap bukan sahaja pedas tetapi Sambal Kicap Extra Pedas. Sambal dan kicap bersatu. Memberi kelainan, penambah selera makan.
Di Sarawak dipanggil dengan nama cabik geronong. Di tempat lain, ada yang panggil cili loceng juga cili bunga. Tetapi cabik geronong ini adalah habanero pepper dalam bahasa Inggeris. Sejenis cili benggala juga. Mempunyai 3 atau 4 cuping di dalamnya. Cabik geronong ini memang dikenali kerana tahap pedasnya yang tinggi.
![]() |
Inilah rupa cabik geronong. |
Salam Sayang,
Nikmati kelainan dalam setiap titis Sambal Kicap Extra Pedas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan